Unique Dental Clinic

Jenis-Jenis Braces dan Perbezaannya di Kota Kinabalu

Jenis braces gigi di Kota Kinabalu

Apabila seseorang bercadang untuk memakai braces, soalan pertama yang sering ditanya ialah, “Jenis braces gigi yang manakah yang paling terbaik?” Jawapannya tidak sama untuk semua orang.

Ada pesakit yang mahukan pilihan lebih mampu milik. Ada yang lebih mementingkan penampilan supaya braces tidak terlalu ketara. Ada juga yang mahu alat yang boleh ditanggalkan ketika makan atau menghadiri acara penting.

Namun, rupa dan harga bukan satu-satunya faktor yang perlu dipertimbangkan. Keadaan susunan gigi, jenis masalah gigitan, tahap kesihatan gusi dan kemampuan anda mematuhi arahan rawatan turut menentukan pilihan yang sesuai.

Di Unique Dental Clinic Kota Kinabalu, pilihan rawatan braces merangkumi braces konvensional, “self-ligating braces”, braces semarik dan “clear aligners. Setiap pilihan mempunyai cara penggunaan, kelebihan dan keperluan penjagaan yang berbeza. Braces ialah rawatan ortodontik yang menggunakan tekanan terkawal untuk menggerakkan gigi secara beransur-ansur ke kedudukan yang lebih baik.

Rawatan ini boleh digunakan untuk memperbaiki keadaan seperti:

  • Gigi berlapis atau terlalu rapat
  • Ruang yang besar antara gigi
  • Gigi yang tumbuh senget
  • Gigi hadapan terlalu ke depan
  • Gigitan dalam
  • Gigitan terbuka
  • Gigitan Silang (Crossbite)
  • Kedudukan rahang dan gigitan yang tidak seimbang

Walaupun ramai memilih braces untuk mendapatkan senyuman yang lebih tersusun, rawatan ini juga boleh membantu memperbaiki fungsi gigitan dan memudahkan penjagaan kebersihan mulut dalam jangka panjang.

Pemilihan jenis braces perlu dibuat selepas pemeriksaan kerana dua orang yang kelihatan mempunyai masalah gigi hampir sama mungkin memerlukan pergerakan gigi dan pelan rawatan yang berbeza.

Empat Jenis Braces di Kota Kinabalu

1. Braces KonvensionalBraces Konvensional

Braces konvensional, atau traditional metal braces, merupakan jenis yang paling dikenali. Braket logam dilekatkan pada permukaan hadapan setiap gigi. Wayar ortodontik kemudian dimasukkan melalui braket dan dipegang menggunakan getah kecil yang dikenali sebagai ligature. Tekanan daripada wayar membantu menggerakkan gigi sedikit demi sedikit. Semasa temu janji susulan, doktor gigi akan memeriksa kemajuan dan membuat pelarasan yang diperlukan.

Kelebihan Braces Konvensional

Braces konvensional boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis masalah susunan gigi dan gigitan. Ia juga biasanya merupakan pilihan yang paling menjimatkan antara rawatan braces tetap. Getah pada braket tersedia dalam pelbagai warna. Ini menjadikannya popular dalam kalangan remaja dan pesakit yang mahu menukar warna braces pada setiap lawatan.

Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan

Oleh sebab braket diperbuat daripada logam, ia lebih jelas kelihatan apabila anda bercakap atau tersenyum. Makanan juga boleh tersangkut di sekeliling braket dan wayar. Oleh itu, anda perlu meluangkan lebih masa untuk memberus gigi dan menggunakan berus interdental bagi membersihkan kawasan yang sukar dicapai.

Braces konvensional mungkin sesuai untuk anda jika:

  • Anda mahukan pilihan yang lebih mampu milik
  • Anda tidak kisah braces kelihatan
  • Anda mempunyai masalah susunan atau gigitan yang memerlukan kawalan tetap
  • Anda lebih selesa dengan rawatan yang tidak boleh ditanggalkan sendiri

2. Self-Ligating BracesSelf-Ligating Braces

Self-ligating braces ini kelihatan hampir sama seperti braces konvensional. Perbezaan utamanya terletak pada cara wayar dipegang. Daripada menggunakan getah ligature, setiap braket mempunyai klip atau pintu kecil terbina dalam untuk memegang wayar ortodontik. Braket self-ligating boleh diperbuat daripada logam atau bahan berwarna.

Kelebihan Self-Ligating Braces 

Oleh sebab tiada getah kecil mengelilingi braket, sesetengah pesakit mendapati kawasan braces lebih mudah dibersihkan. Klip terbina dalam juga membolehkan doktor membuka dan menutup braket semasa pelarasan tanpa menukar setiap getah ligature.

Namun begitu, self-ligating braces tidak semestinya memberikan rawatan yang jauh lebih cepat untuk semua pesakit. Tempoh keseluruhan masih bergantung pada masalah gigi, pergerakan yang diperlukan dan tindak balas badan terhadap rawatan.

Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan

Walaupun reka bentuknya berbeza, self-ligating braces masih merupakan braces tetap. Ia tidak boleh ditanggalkan ketika makan atau memberus gigi. Braket juga masih boleh kelihatan, terutama jika anda memilih versi logam.

Self-ligating braces mungkin sesuai untuk anda jika:

  • Anda mahukan braces tetap dengan klip terbina dalam
  • Anda tidak mahu menggunakan getah ligature
  • Anda mahukan reka bentuk yang lebih mudah untuk diselenggara
  • Doktor gigi mendapati sistem ini sesuai untuk pergerakan gigi anda

3. Braces SeramikBraces Seramik
 

Braces seramik menggunakan braket berwarna putih atau seakan-akan warna gigi. Dari jarak biasa, braket ini kurang ketara berbanding braces logam. Wayar masih dipasang pada bahagian hadapan gigi dan berfungsi dengan prinsip yang hampir sama seperti braces konvensional.

Braces semarik boleh menggunakan getah ligature atau mekanisme self-ligating, bergantung pada sistem yang digunakan. Walau bagaimanapun, braces semarik mungkin tidak sesuai untuk semua jenis masalah ortodontik

Kelebihan Braces Semarik 

Kelebihan utamanya ialah penampilan yang lebih lembut dan kurang menonjol. Ia sering dipilih oleh golongan dewasa, pelajar universiti atau individu yang banyak berurusan dengan pelanggan tetapi masih memerlukan kawalan daripada braces tetap.

Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan

Walaupun braket seramik kurang kelihatan, wayar mungkin masih dapat dilihat. Getah ligature juga boleh berubah warna jika kerap terdedah kepada kopi, teh, kari, rokok atau makanan berwarna kuat.

Bahan seramik memerlukan penjagaan yang lebih berhati-hati. Anda perlu mengelakkan makanan terlalu keras yang boleh merosakkan braket.

Seramik baces mungkin sesuai untuk anda jika:

  • Anda mahukan braces tetap yang kurang ketara
  • Penampilan penting dalam pekerjaan atau rutin harian anda
  • Anda sanggup menjaga kebersihan braces dengan teliti
  • Doktor gigi mengesahkan braces semarik sesuai untuk kes anda

4. Clear AlignersClear Aligners

Clear aligners berbeza daripada tiga pilihan sebelumnya kerana ia tidak menggunakan braket atau wayar. Rawatan ini menggunakan satu siri dulang plastik lutsinar yang dibuat mengikut bentuk gigi anda. Setiap set aligner menghasilkan tekanan ringan untuk menggerakkan gigi secara berperingkat.

Kelebihan Clear Aligners

Aligner boleh ditanggalkan ketika makan, minum, memberus dan menggunakan flos. Namun, ia biasanya perlu dipakai sekurang-kurangnya sekitar 22 jam sehari untuk memastikan pergerakan gigi berjalan seperti dirancang. Clear aligners hampir tidak kelihatan ketika dipakai. Tiada sekatan makanan seperti braces tetap kerana aligner perlu dikeluarkan sebelum makan. Anda juga boleh memberus dan menggunakan flos seperti biasa tanpa perlu membersihkan di sekeliling braket dan wayar.

Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan

Kebebasan untuk menanggalkan aligner juga bermaksud pesakit perlu sangat berdisiplin. Memakai aligner hanya pada waktu malam atau meninggalkannya terlalu lama boleh melambatkan kemajuan rawatan.

Clear aligners juga tidak semestinya sesuai untuk semua keadaan. Sesetengah pergerakan gigi atau masalah gigitan mungkin lebih mudah dan lebih boleh dijangka dengan braces tetap. 

Clear aligners mungkin sesuai untuk anda jika:

  • Anda mahukan rawatan yang kurang kelihatan
  • Anda mahu alat yang boleh ditanggalkan
  • Anda boleh memakainya secara konsisten setiap hari
  • Anda sanggup menjaga dan menyimpan aligner dengan baik
  • Keadaan gigi anda sesuai untuk rawatan aligner

Jadual Perbandingan Jenis Braces

Perkara

Konvensional

Self-Ligating

Seramik

Clear Aligners

Penampilan

Paling jelas

Jelas atau sederhana

Kurang ketara

Hampir tidak kelihatan

Braket dan wayar

Ya

Ya

Ya

Tidak

Boleh ditanggalkan

Tidak

Tidak

Tidak

Ya

Menggunakan getah ligature

Ya

Tidak

Bergantung pada sistem

Tidak

Disiplin pemakaian

Sederhana

Sederhana

Sederhana

Sangat tinggi

Penjagaan ketika makan

Perlu elak makanan keras

Perlu elak makanan keras

Perlu lebih berhati-hati

Dikeluarkan ketika makan

Pembersihan

Lebih mencabar

Mungkin lebih mudah

Perlu teliti

Lebih mudah selepas aligner dikeluarkan

Sesuai untuk kes kompleks

Selalunya sesuai

Bergantung pada penilaian

Bergantung pada kes

Tidak semua kes sesuai

Penampilan profesional

Lebih ketara

Bergantung pada bahan

Lebih discreet

Paling discreet

Lebih tentang braces yang mana sesuai untuk anda, anda boleh baca which type of braces should i get for my teeth?

Berapakah Harga Braces di Unique Dental Kota Kinabalu? 

Harga braces bergantung pada jenis sistem, kerumitan susunan gigi, rawatan awal yang diperlukan dan keseluruhan pelan ortodontik.

Harga permulaan yang dipaparkan oleh Unique Dental Clinic ialah:

  • Braces konvensional: bermula daripada RM5,500
  • Self-ligating braces: bermula daripada RM6,500
  • Braces Semarik: bermula daripada RM8,500
  • Clear aligners: bermula daripada RM12,000

Harga tersebut ialah harga permulaan dan mungkin berubah mengikut keadaan gigi serta skop rawatan setiap pesakit. Pemeriksaan diperlukan sebelum kos keseluruhan dapat disahkan. Tanyakan apa yang termasuk dalam pakej. Sebagai contoh, anda boleh bertanya sama ada rekod diagnostik, pelarasan bulanan, retainer atau rawatan selepas braces dikenakan secara berasingan.

Kenapa Harga Berbeza Antara Klinik?

Harga braces ada perbezaannya antara klinik di KK kerana beberapa faktor seperti kelayakan dan pengalaman doktor gigi, jenama bracket dan dawai yang digunakan, bilangan kunjungan yang termasuk dalam pakej, dan sama ada penilaian awal serta retainer selepas rawatan disertakan. Klinik yang lebih berpengalaman dalam ortodontik biasanya mengenakan bayaran yang lebih tinggi, dan ini sering mencerminkan kualiti rawatan yang lebih baik.

Bagaimana Nak Pilih Jenis Braces yang Betul?

Faktor 1: Keterukan Masalah Gigi Anda

Ini adalah faktor yang paling penting. Kes yang teruk, pertindihan gigi yang signifikan, masalah rahang, atau keperluan pencabutan gigi sebelum rawatan memerlukan braces tetap (logam atau seramik). Clear aligner tidak sesuai untuk kes sebegini walaupun ia lebih menarik secara estetik.

Faktor 2: Bajet Jangka Pendek vs Jangka Panjang

Jika bajet adalah keutamaan, braces konvensional memberikan nilai terbaik. Jika anda mahu mengurangkan bilangan lawatan klinik atau mahukan sedikit lebih banyak keselesaan, self-ligating braces adalah peningkatan yang berbaloi dari segi kos. Jika estetik adalah keutamaan utama, braces seramik atau clear aligner adalah pilihan yang berpatutan bergantung kepada keterukan kes anda.

Faktor 3: Keutamaan Estetik dan Gaya Hidup

Jika anda seorang profesional yang kerap berjumpa pelanggan atau berada di hadapan kamera, clear aligner atau braces seramik mungkin lebih sesuai. Jika anda tidak kisah tentang penampilan braces semasa rawatan dan lebih mengutamakan keberkesanan dan kos, braces logam adalah pilihan yang tepat.

Faktor 4: Berapa Lama Anda Sanggup Tunggu?

Untuk kes ringan hingga sederhana, clear aligner boleh menyelesaikan rawatan dalam 6–18 bulan, lebih pantas daripada braces tetap. Namun, jika kes anda teruk, clear aligner mungkin tidak mencapai hasil yang diinginkan langsung, dan anda perlu beralih kepada braces tetap yang membuang masa dan wang.

Soalan Lazim Tentang Braces

Tidak semestinya. Kedua-duanya boleh menggerakkan gigi dengan baik apabila digunakan untuk kes yang sesuai. Hasil rawatan lebih banyak dipengaruhi oleh diagnosis, perancangan, kerumitan kes dan pematuhan pesakit. 

Dengan penjagaan yang baik, implan gigi boleh bertahan lama. Namun, sarung gigi (crown) di atas implan mungkin perlu diganti selepas beberapa tahun bergantung pada penggunaan dan penjagaan.

Anda mungkin mengalami rasa ketat atau lenguh selama beberapa hari selepas pemasangan atau pelarasan. Ketidakselesaan ini biasanya beransur kurang apabila mulut menyesuaikan diri. 

Ya. Rawatan ortodontik bukan hanya untuk remaja. Orang dewasa juga boleh memakai braces selagi gigi, gusi dan tulang sokongan berada dalam keadaan yang sesuai. 

Tidak semestinya. Braces konvensional yang lebih murah adalah sama berkesan dengan braces seramik untuk kebanyakan kes perbezaan utama adalah estetik, bukan kualiti rawatan. Clear aligner lebih pantas untuk kes ringan, tetapi kurang berkesan untuk kes yang teruk ia bukan pilihan yang lebih baik secara keseluruhan, tetapi pilihan yang berbeza untuk situasi yang berbeza.

Mengapa Pilih Unique Dental Untuk Braces?

Di Unique Dental, pasukan doktor gigi akan membantu anda memahami pilihan braces yang paling sesuai untuk senyuman anda.

Inilah sebab ramai pesakit mempercayai kami:

Doktor Gigi Berpengalaman

Berpengalaman dalam menangani pelbagai kes, termasuk situasi yang rumit, dengan penuh ketelitian dan kepakaran.

Peralatan Perubatan Terkini

Menggunakan teknologi terkini bagi memastikan diagnosis yang tepat dan rawatan yang lebih cekap.

Penjagaan Peribadi

Pelan rawatan yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan individu.

Pendekatan Selesa & Mesra Pesakit

Prosedur tanpa rasa sakit dalam suasana yang tenang dan menenangkan.

Tidak Pasti Jenis Braces Yang Sesuai Untuk Anda Atau Anak Anda?

team unique dental kota kinabalu sabah

Hubungi Unique Dental hari ini untuk perundingan awal dan pasukan kami akan nilai keadaan gigi anda dan cadangkan pilihan yang paling sesuai berdasarkan kes, bajet, dan gaya hidup anda.

Share:

Dr. Jerome Tew

Dr. Jerome Tew

A dedicated dentist with nearly 5 years of experience, focuses on aesthetic and biomimetic dentistry, helping patients achieve healthy & natural-looking smiles with personalised care.

More Posts

Request An Appoinment

Email : uniquedentalclinickk@gmail.com